Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bas ekspres hilang kawalan, rempuh 10 kenderaan

today13 December 2021

Background



Kemalangan membabitkan bas ekspres yang hilang kawalan hingga merempuh kira-kira 10 kenderaan di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Perai. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sebuah bas ekspres dipercayai hilang kawalan sebelum dilaporkan merempuh hampir 10 kenderaan dalam kejadian di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Perai, di sini, petang tadi.

Insiden kira-kira jam 2 petang itu kemudian tular di platform media sosial termasuk Facebook yang membuatkan kebanyakan warganet cemas melihat kejadian berkenaan.

Dalam beberapa laporan dikongsikan memaparkan detik sebelum kejadian berlaku menunjukkan bas ekspres yang berada di lorong kanan tiba-tiba dalam keadaan terhuyung hayang, menurut laporan Berita Harian.

Tidak lama kemudian, pemandu bas yang masih tidak dikenal pasti identitinya itu didapati melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum dilihat merempuh beberapa kenderaan lain…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post