Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Beego Tak Mahu Lafaz Cerai Terhadap Linda Hashim

today7 March 2025

Background

Pelakon Beego, 45, enggan melafazkan talak ke atas isterinya, Linda Hashim, dalam sebutan pertama kes yang diadakan hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Beego atau nama sebenarnya Aszerul Nizam Abdullah, berkata, dia bersama peguamnya akan cuba menjalankan perbincangan lanjut untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

“Kalau ditanya mengenai permintaannya, saya tidak akan lafazkan hari ini.

“Kami mungkin akan cuba menjalankan satu rundingan lagi bagi menyelamatkan rumah tangga ini.

“Cuma, saya agak sukar untuk bertemu dengannya sejak kebelakangan ini.

“Apa yang dinyatakan mengenai dia keluar dari rumah empat hingga lima bulan yang lalu memang benar.

“Saya harap dia akan kembali ke rumah. Kita akan lihat apa yang terbaik,” katanya kepada pemberita.

Setakat ini, pihak Linda tidak membuat sebarang tuntutan lain, namun Beego berharap isterinya itu akan kembali ke rumah selepas keluar beberapa bulan lalu.

“Setakat ini, tiada tuntutan lain.

“Mungkin niat dia adalah supaya saya melepaskannya.

“Sebelum membuat keputusan, saya perlu tahu punca dan segala perkara yang berlaku.

“Doakan yang terbaik untuk saya,” jelasnya.

Untuk info, Beego dan Linda pernah bercerai pada 27 Mac 2023, tetapi mereka sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 sekaligus membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Linda kemudian mengumumkan mereka bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana masalah yang sama.

Sekadar Info, pasangan ini berkahwin pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak perempuan, Jelita Clarissa, 11 tahun, Anggun Cassandra, 10 tahun dan Indah Camelia, 6 tahun.

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma


Previous post