Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekalan air di 83 kawasan Lembah Klang dijangka pulih malam esok

today1 January 2023

Background



Air Selangor berkata, bekalan air mula diagihkan secara berperingkat kepada pengguna sebaik saja ia stabil.

KUALA LUMPUR: Bekalan air di 83 kawasan terjejas di Gombak, Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pemotongan tidak berjadual akibat paip pecah dijangka pulih sepenuhnya 9 malam esok.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan kerja membaiki paip pecah di Taman Perindustrian Bukit Indah, Sungai Buloh selesai 9.30 malam tadi dan bekalan air mula diagihkan secara berperingkat kepada pengguna sebaik saja ia stabil.

Kenyataan itu juga menyebut tangki air akan terus digerakkan bagi menyalurkan bantuan kepada pengguna terjejas.

“Keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” katanya.

Pengguna boleh merujuk aplikasi Air Selangor serta laman Facebook, Instagram dan Twitternya untuk maklumat terkini atau hubungi Pusat Perhubungan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post