Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Bekas Isteri AC Mizal Tampil Perjelas Sebab Anak Menangis Di Majlis Nikah

today18 November 2023

Background

Bekas isteri kepada pengacara Datuk AC Mizal iaitu Shafnie Zainudin meraih perhatian ramai yang telah berkongsi berita gembira anak keduanya selamat mendirikan rumah tangga pada 11 November lalu.

Tular sebuah video memaparkan momen menyayat hati Shafnie memeluk erat anaknya, Shabil Iman yang dilihat juga tidak dapat menahan air mata sehingga menyentuh hati ramai pihak.

AC Mizal

Malah, video tersebut juga telah meraih beberapa spekulasi dalam kalangan netizen yang mendakwa Shabil menangis gara-gara bapanya, AC Mizal tidak hadir.

Susulan itu, memetik laporan mStar, Shafnie tampil menjelaskan anaknya menangis kerana sebak apabila kini sah bergelar suami kepada permaisuri hatinya.

β€œBiasalah suasana majlis pernikahan, emosi seorang ibu dan anak memang akan sebak dan sayu. Sebab nak melangkah ke alam kehidupan barukan?

β€œTapi ia lebih kepada tangisan bahagia… anak pula sebak kerana dia paling rapat dengan akak (Shafnie),” katanya.

AC Mizal

Sekadar info, Shafnie dan AC Mizal pernah berkahwin pada 24 Jun 1995 namun bercerai pada 17 Oktober 2001.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak cahaya mata.

Shafnie kemudian kembali berumah tangga pada 2014 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia lapan tahun.

Manakala AC Mizal pula bahagia dengan bekas model iaitu Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid.

Artikel Berkaitan:Β Hadiahkan Mercedes Benz Lebih RM300,000 Sempena Birthday Ke-18, AC Mizal Nafi Manjakan Anak

Artikel Berkaitan:Β β€œOrang Sibuk Nak Collect Pahala, Dia…” – Viral Isu Anjing, Natasha Hudson Tegur Datuk AC Mizal

Sumber: mstar

Written by: Aqilah


Previous post