Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas ketua audit negara maklum diarah pinda laporan audit 1MDB, mahkamah diberitahu

today2 September 2022

Background



Kenyataan bekas ketua audit negara Ambrin Buang kepada SPRM adalah permulaan siasatan terhadap Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy, Mahkamah Tinggi diberitahu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat dalam perbicaraan laporan audit 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi, bekas ketua audit negara, Ambrin Buang, memaklumkan pihak berkuasa bahawa beliau menerima arahan meminda laporan berkenaan sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2016.

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Haniff Lami, berkata ia adalah maklumat diperoleh kumpulannya ketika mereka merakam kenyataan Ambrin, antara November dan Disember 2018.

Dalam pemeriksaan balas oleh N Sivananthan, peguam kepada Arul Kanda Kandasamy, yang dituduh subahat bersama Najib Razak, dalam salah guna kuasa meminda laporan akhir, Haniff mengesahkan bahawa kenyataan Ambrin kepada SPRM merupakan “detik pemula” siasatan pihak berkuasa itu terhadap…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ho Kit Yen


Previous post