

Bersatu sudah bersetuju dengan syarat dikemukakan PAS sebelum parti itu memutuskan menamatkan kerjasama politik, kata bekas pegawai Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Marzuki Mohamad berkata beliau mengatur pertemuan antara Muhyiddin dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Annuar Musa, Khamis minggu lalu bagi membincangkan isu yang mencetuskan keretakan hubungan dalam kalangan sekutu Perikatan Nasional.
Menurutnya, Annuar menyatakan antara langkah untuk menyelesaikan konflik itu ialah membenarkan parti Melayu-Islam lain menyertai PN serta berdamai dengan kumpulan bekas pemimpin Bersatu diketuai Hamzah Zainudin.
Hamzah, bekas timbalan presiden Bersatu, dipecat parti itu pada Februari ketika kemuncak perebutan kepimpinan dengan Muhyiddin.
Dalam hantaran di Facebook hari ini, Marzuki berkata Bersatu tiada halangan untuk…