
KOTA BHARU:Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan bekas presiden Kelab Berbasikal Darul Naim (DCC) daripada dua pertuduhan pecah amanah dan menyalahgunakan wang bantuan pembangunan sukan berbasikal berjumlah RM80,000.
Hakim Zaman Mohd Noor membuat keputusan itu terhadap Mohammad Yusri Ismail, 48, pada akhir kes pendakwaan, selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
“Pendakwaan tidak dapat membuktikan tertuduh adalah presiden yang sah dalam kelab berkenaan, (oleh itu) mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada kedua-dua pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri,” katanya.
Mengikut pertuduhan pindaan utama, Yusri didakwa sebagai presiden kelab itu melakukan pecah amanah jenayah dengan menjadikan harta iaitu wang…