Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas wartawan, novelis Salmi Manja meninggal dunia

today26 December 2023

Background


Allahyarham dikebumikan selepas solat isyak di Tanah Perkuburan USJ22, menurut anaknya Helmy Samad di Facebook.

KUALA LUMPUR: Bekas wartawan, penyair dan novelis dalam kalangan pengarang wanita profesional generasi pertama di Malaysia, Saleha Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Salmi Manja meninggal dunia hari ini.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, Allahyarham Saleha, 87, yang juga isteri kepada Sasterawan Negara Dr A Samad Said menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua di kediamannya di Subang Jaya tengah hari tadi.

Anak Allahyarham, Helmy Samad turut mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook dan memaklumkan jenazah ibunya dimandi dan disolatkan di Masjid Al-Irsyad, Subang Jaya sebelum dikebumikan selepas solat isyak di Tanah Perkuburan USJ22.

Selain dikenali sebagai isteri kepada Sasterawan Negara itu, karya Allahyarham amat kental dengan isu wanita dan kewanitaan serta keislaman, di samping merupakan ahli…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post