PUTRAJAYA: Kemampuan melabur dalam sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk diterjemah kepada kemajuan, antara cabaran utama bagi Malaysia berada pada kedudukan 30 negara terbaik dalam Laporan Indeks Inovasi Global (GII).
Malaysia kini berada pada kedudukan ke-33 daripada 133 negara dalam laporan dikeluarkan baru-baru ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, berkata laporan menunjukkan walaupun prestasi baik Malaysia didorong sektor seperti pembuatan berteknologi tinggi dan eksport namun wujud cabaran dari segi pembiayaan dalam sektor awam dan swasta termasuk dalam pembangunan infrastruktur.
“Untuk Malaysia mencapai prestasi pada kedudukan 30 terbaik dunia, ekosistem dan pelaburan negara berinovasi perlu diterjemahkan kepada hasil lebih baik bagi menyokong asas kemajuan negara untuk mencapai matlamat Ekonomi Madani.
“Isu dan cabaran berkaitan inovasi perlu…