Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Bella Astillah Terasa Hati Kenyataan Aliff Aziz Mengenai Isu Sophia Albarakbah?

today11 October 2023

Background

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kesal dengan kenyataan suaminya, Aliff Aziz berhubung komen yang diberikan terhadap sebuah portal hiburan baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, Bella kelihatan mempersoalkan kenyataan suaminya itu ketika ditanya media sama ada dia ada berhubung atau tidak dengan aktres tersebut selepas terkait dengan kontroversi cinta lokasi sebelum ini.

“Belum berhubung lagi? Kenapa akan berhubung ke?

“Kenapa harus jaga hati pihak sana bukan ke sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting,” katanya.

Terdahulu, Bella tampil mendedahkan bahawa kenyataan Sophia yang hadir pada acara nyanyian popular baru-baru ini adalah untuk memberi sokongan kepada sepupunya yang juga penyanyi, Aisha Retno adalah menipu dan putar belit.

Tambahnya, nama aktres berkenaan juga tidak tersenarai dalam senarai tetamu program tersebut, malah Sophia juga dilihat keluar dari dewan seusai Aliff membuat persembahan.

Artikel Berkaitan:Β Tiada Niat Terselindung, Sophia Albarakbah Hanya Beri Sokongan Untuk Aisha Retno

Artikel Berkaitan:Β [VIDEO] β€œDia β€˜Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana β€˜Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

Artikel Berkaitan:Β Puji Bella Astillah Lebih Matang, Aliff Aziz Takkan Berlakon Dengan Sophia Albarakbah Lagi – β€œDia Hanya Ingin Terbaik Untuk Saya”

Written by: Salma