Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bella Enggan Komen Status Twitter Aliff Aziz

today29 May 2019

Background
Bekas isteri penyanyi, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah enggan mengulas mengenai status dimuat naik Aliff di Twitter pada awal pagi Selasa yang memberi bayangan untuk rujuk semula.
Bella berkata, dia mengambil pendekatan itu demi menjaga hati banyak pihak.

“Kalau boleh saya tak nak ulas apa-apa sebab baru lagi bercerai. Banyak hati kena jaga. Nanti orang ingat saya tak henti bagi kenyataan. Lagipun status di Twitter itu belum tentu untuk saya.”

Aliff memuat naik status di Twitter, “Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya”.
Namun, menerusi kemaskini terbaru, status tersebut telah dipadam.
Ditanya mengenai dirinya selepas 12 hari bercerai, Bella berkata, dia bersyukur kerana diberi kekuatan untuk mengharungi semua dugaan selain mendapat sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling.

“Saya perlu kuat walau dalam apa jua situasi. Saya ada anak yang perlukan perhatian, jadi saya tidak boleh terus bersedih. Lagipun, anak adalah sumber kekuatan saya selain keluarga.”

Sumber: Harian Metro

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *