
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin berkata, gabungan itu belum mengadakan perbincangan rasmi dengan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk bekerjasama menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Secara rasmi belum ada, tetapi antara wakil-wakil mungkin ada, risik-merisik itu biasa dalam politik buat masa ini. Pihak atasan belum buat keputusan sama ada perbincangan ini boleh dijalankan secara rasmi,” katanya selepas menghadiri pelancaran duit syiling peringatan sempena Ulang Tahun Jubli Emas Jabatan Sukarelawan (Rela) ke-50 pada Selasa.
Sabtu lalu, Timbalan Pengerusi GTA, Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan gabungan parti politik tertentu untuk melihat sama ada kerjasama boleh dilaksanakan ataupun tidak.
Beliau berkata, pihaknya terbuka…