Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Belum rezeki Weng Son

today11 May 2023

Background


Phnom Penh: Atlet wushu negara Wong Weng Son perlu menunggu lebih lama lagi untuk meraih emas di temasya Sukan Sea apabila membawa mengakhiri saingan acara gabungan jianshu – qiangshu di tempat kedua sebentar tadi. Aksi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar menyaksikan status Weng Son sebagai bekas juara dunia tidak mampu untuk memikat hati barisan juri untuk memperoleh markah tinggi sekali gus terpaksa berpuas hati membawa pulang perak dengan jumlah pungutan mata 19.103. Atlet berusia 31 tahun itu tewas kepada pencabar terdekat dari Indonesia Muhammad Daffa Golden Boy yang membawa pulang emas selepas mengutip 19.326 mata manakala Gangsa milik Filipina Sandrex Navida Gainsan(18.926 mata). Sementara itu, Weng Son berkata, dia sememangnya sedih apabila percubaan kali kelima untuk mendapat emas di Sukan Sea menemui jalan buntu. “Saya memang sedih kerana sasaran adalah mahu membawa pulang emas pada penampilan kelima ini. Namun saya tetap bersyukur memperoleh perak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Syazwan Msar


Previous post