Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan berkata filem seperti “Anwar: The Untold Story” boleh dijadikan subjek perbincangan kritis dalam kelas.

PETALING JAYA: Kerajaan harus buka ruang untuk pelajar mengkritik jika mahu mengundang mereka menonton filem seperti biopik “Anwar: The Untold Story”, kata kumpulan ibu bapa.
Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (PAGE) berkata naskah seperti kisah Anwar Ibrahim 25 tahun lalu itu boleh dijadikan subjek perbincangan kritis dalam kelas berkait politik atau sejarah.
“Anak muda tentu mahu dilatih menajamkan pemikiran kritis. Tidak semestinya ulasan anak muda berpihak kepada kerajaan sekarang,” kata Setiausaha Kehormat Tunku Munawirah Putra, selepas kementerian disahkan mengundang pelajar Tingkatan 6 sebuah sekolah untuk menonton filem mengenai ahli politik itu, yang kini perdana…