Selepas lama sepi tanpa single baharu dan memilih untuk bersederhana, Aiman Tino hari ini tampil membuat kejutan bagi mengubati rindu peminatnya.
Aiman menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan dia sudah melancarkan lagu baharu yang berjudul Benci.
“Alhamdulillah selesai program untuk Pelancaran Single terbaru Aiman semalam ! Siapa dah dengar BENCI ?? Teruskan dengar lagu tu okay? yang belum tahu lagu tu, pergi dengar dekat Youtube sekarang ! Korang dialu-alukan untuk cover lagu tu.” tulisnya pada bahagiab kapsyen.
Lagu yang dicipta oleh Apit dan Kelinci itu turut menceritakan kisah dikhianati, selain bagi video muziknya pula ia berdasarkan kisah cinta kerana bagi Aiman, ia lebih mudah dilakonkan.
Sementara itu, menurut satu portal hiburan online, Aiman turut memaklumkan dia turut bakal melancarkan lagu baharu setiap tiga bulan selepas lama menyepikan diri.
Melalui pelancaran lagu berkenaan pada malam tadi juga, syarikat rakaman Aries Music turut menerbitkan album berjudul Anugerah Terbaik buat penyanyi tersebut dengan memuatkan 9 buah lagu nyanyiannya.
Post comments (0)