Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Berbaik Semula Dengan Shuk Sahar? Ini Respons Rossa Sera – “Saya Gembira Dengan…”

today23 September 2022

Background

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera memaklumkan yang dia dan Shuk masih lagi dalam proses berbincang sama ada ingin berbaik semula ataupun tidak.

Memetik laporan Harian Metro, Sera memberitahu dia ada mengirim doa kepada suaminya yang berada di Makkah bagi mengerjakan umrah ketika ini.

“Nak cakap soal terima Shuk semula tu, saya tak boleh nak beri komen apa-apa sebab masih dalam perbincangan antara keluarga.

“Banyak pihak terbabit dalam proses perbincangan. Setakat ini tak ada komen untuk saya terima dia balik atau sebaliknya.

“Saya pun gembira dengan keadaan sekarang. Shuk dengan anak-anak semakin baik. Shuk pun dah nampak lebih baik dari sebelum ini yang umum tahu,” katanya.

Terdahulu, Sera muncul di sebuah program menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, pada awal Julai lalu.

Untuk rekod, Sera pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post