Doa makan, semua orang tahu.
Bahkan kanak-kanak pun tahu kerana doa makan antara doa yang terawal diajar oleh ibu bapa. Setuju?
Apa yang menarik perhatian kali ini adalah apabila tular video seorang budak lelaki di media sosial yang membaca doa makan ala-ala tentera. Garang nau!
Video tersebut dikongsikan oleh @khairulAizad00 di Twitter pada Selasa dan telah mendapat hampir 200K jumlah tontonan.
Bila anak commando baca doa makan 😂 pic.twitter.com/W9X2V7MnOp
— kumbangkacak 🐞 (@khairulAizad00) July 29, 2019
Pehhh! Terasa macam dekat pusat latihan tentera pula. Tetapi memang terbaik lah dik, berani lontarkan vokal sekuat tu.
Lantas, video itu mendapat pelbagai reaksi lucu daripada warganet yang turut terhibur melihat gelagat adik ini.
Post comments (0)