Shahiezy Sam dan Syatilla Melvin adalah pasangan selebriti yang cukup serasi dan sering menjadi tumpuan ramai.


Malah, kisah kehidupan peribadi mereka di media sosial juga dijadikan inspirasi oleh peminat.
Terbaru, Syatilla yang cukup dikenali dengan perangai ‘gila-gila’ telah membocorkan perangai kelakar suaminya apabila memuat naik rakaman video Sam sedang menari di Instagram.
https://www.instagram.com/p/B4wlAHmlg6D/
“Hhahahaahahahahahahahaha!!! Padah lupa bilik ada cctv???????????? padan muka @shaheizy_sam,” tulisnya berjenaka.
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Sam berada di dalam bilik tidur, sambil terlupa bahawa ada rakaman CCTV yang sedang memerhati gelagat spontannya itu.
Lantas, perkongsian berkenaan membuatkan ramai terhibur sehingga telah meraih lebih 569,000 jumlah tontonan daripada pengikutnya.

Post comments (0)