
PETALING JAYA: Sekumpulan 13 pendatang tanpa izin (Pati) yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor memberikan alasan mereka ditipu sindiket pekerjaan apabila cuba meminta perlindungan daripada seorang penjaga kebun jambu di Kampung Senta.
Bagaimanapun, tidak terpedaya dengan alasan itu, penjaga kebun warga Indonesia yang dikenali sebagai Ali, 40-an, itu kemudian melaporkan perkara ini kepada Jabatan Imigresen.
Ali yang sudah lebih 10 tahun bekerja di ladang seluas 80.9 hektar di Bidor itu berkata, ketika sedang bekerja, beliau disapa oleh salah seorang pendatang itu, yang turut mengadu lapar.
“Mereka kata, mereka kena tipu kerja, mereka lapar, mereka mahu berlindung daripada hujan. Hanya ada seorang yang pandai berbahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di kebun itu, lapor Bernama.
“Saya tahu…