
PETALING JAYA: Najib Razak mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) Selangor memasukkan dalam manifesto pilihan rayanya janji memberikan saham Air Selangor kepada setiap isi rumah yang menjadi penggunanya, bagi menunaikan impian bekas menteri besar Khalid Ibrahim.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau tidak membantah perkara ini “sebagai penghormatan” kepada Khalid, yang meninggal dunia pada 30 Julai akibat masalah jantung.
“Saya pernah berbincang beberapa kali dengan Allahyarham Khalid Ibrahim berkenaan rancangan penstrukturan semula dan pengambilan semula semua konsesi-konsesi air Selangor yang diswastakan masa perdana menteri keempat.
“Antara impian yang pernah diluahkan arwah ialah untuk memberi saham percuma dalam syarikat Air Selangor kepada semua rumah tangga yang merupakan…