Pengarah komunikasi strategik BN berkata meskipun di sesetengah kawasan masih dianggap relevan diletakkan calon lama, gabungan itu perlu menampilkan muka baharu.

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu menampilkan lebih ramai calon muka baharu dalam gelanggang PRN di enam negeri pada 12 Ogos ini, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, ia bagi menampilkan sesuatu yang lebih “segar” daripada parti itu pada PRN Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan meskipun di sesetengah kawasan masih dianggap relevan untuk diletakkan calon lama.
“Kita tengok dah jadi amalan daripada PRN Melaka dan PRN Johor, banyak calon baharu diletakkan dan saya percaya keputusan akan dibuat dalam menonjolkan banyak calon baharu,” katanya semasa menjadi tetamu program…