Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Berilah Sedikit Masa Kepada Kami & YDPA Untuk Memberikan Pertimbangan” – Anwar Ibrahim

today22 November 2022

Background

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkembangan terkini seusai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, sebentar tadi.

Anwar menjelaskan dia meminta semua pihak untuk memberi ruang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskan siapa yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri kesepuluh sekali gus pembentukan kerajaan Malaysia yang baharu.

“Kerajaan yang ditubuhkan kelak, Insya-Allah harus mewakili semua pihak, kaum, wilayah.

“Setelah menjunjung kasih dan diterima baik pandangan dan semangat kerajaan perpaduan.

“Kita berilah masa sedikit untuk kami dan YDPA untuk memberikan pertimbangan dan kebijaksanaan Tuanku untuk memutuskan secara muktamad.

“Tiada apa-apa keputusan lagi setakat ini.

“Setakat ini kalau bagi pihak kita (PH) nama Anwar Ibrahim ” jelas Anwar kepada media di perkarangan Pintu 2 Istana Negara.

Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi sebanyak 82 kerusi di Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keputusan tersebut dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui kenyataannya pada Ahad.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 mencatat sejarah kerana buat kali pertama Malaysia mengalami parlimen yang tergantung.

Written by: Aqilah


Previous post