
PETALING JAYA: Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat supaya tidak terkeliru dengan situasi pembentukan kerajaan ketika ini kerana Jemaah Menteri dalam kerajaan sementara masih berfungsi bagi pengurusan tadbir negara.
“Kerajaan kekal sebagai ‘caretaker’. Jadi rakyat jangan keliru seolah-olah sekarang tiada kerajaan. Kerajaan masih kekal tapi sebagai kerajaan sementara.
“Malah Jemaah Menteri yang lepas masih berfungsi kecuali mereka yang tidak bertanding dan kalah dalam PRU. Jadi mereka tiada dalam Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di sebuah pusat beli-belah.
Sementara itu, Ismail berkata, kerajaan akan membentangkan mini Rang Undang-Undang (RUU) Belanjawan 2023 bagi meluluskan emolumen berkaitan belanja mengurus kerajaan khususnya…