

Selepas Padang Besar dan Kangar, kepimpinan Bersatu Arau bersama sebahagian besar Ahli Jawatankuasa (AJK) serta sayap parti bahagian itu malam ini mengumumkan peletakan jawatan serta keluar parti berkuat kuasa serta-merta.
Pimpinan terlibat merangkumi Timbalan Ketua Azrul Azhar Abd Ghani, Naib Ketua Sombun Crem, Ketua Wanita Norazida Mohd Azmi bersama seluruh AJK Wanita Srikandi, Ketua Srikandi Muda Zureen Zainon berserta semua AJK Srikandi Muda serta keseluruhan AJK Armada bahagian.
Selain itu, 10 ketua cawangan daripada 26 cawangan di bahagian itu turut mengambil tindakan serupa.
Wakil kumpulan berkenaan yang juga AJK Bersatu Arau Roshita Buyong berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan kepimpinan pusat melantik Ketua Bersatu Padang Besar Izizam Ibrahim sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perlis tanpa…