Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Bertalaqqi Selama 3 Tahun, Bandi Amuk Berjaya Khatam al-Quran

today20 January 2023

Background

Penyanyi rock Bandi Amuk akhirnya berjaya mengkhatamkan 30 juz al-Quran secara bertalaqqi daripada mengaji iqra sehinggalah khatam.

Perkara itu dikongsi pendakwah bebas, PU Rahmat yang juga merangkap guru mengaji kepada penyanyi berkenaan menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Kagum dengan usaha yang ditunjukkan penyanyi itu, Pu Rahmat berkata, Bandi atau nama penuhnya Nasabandi Jumat, 58, dan seorang lagi anak muridnya berusaha [keras untuk memperbaiki bacaanΒ  termasuklah makhraj dan tajwid sehingga mereka berjaya mengakhatamkan bacaan al-Quran.

” Tahniah diucapkan kepada Encik Bandi Amuk (Nasabandi Bin Jumat) dan Encik Ahmad Norani Sadiron kerana berjaya menghatamkan 30 Juz Al-Quran secara Bertalaqqi daripada Iqra’ sehinggalah khatam Al-Quran.

” Saya kagum dengan usaha mereka tanpa henti selama 3 tahun lebih iaitu dari 2018 sehinga 2022 yang mana sanggup belajar daripada iqra’ kemudian berusaha untuk memperbaiki bacaan, makhraj, tajwid sehingga tahap mereka berjaya menghatamkan bacaan Al-quran mereka secara bertalaqqi.

” Semoga ini permulaan buat mereka berdua dalam mendalami ilmu al-quran dan mengamalkan segala isi kandunganya, Insya-Allah,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah malah tidak kurang juga yang berasa cemburu kerana penyanyi yang popular dengan genre heavy rock metal ini berjaya menghabiskan bacaan al-Quran sebelum mereka.

 

Written by: Aqilah


Previous post