Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Beto Kusyairy Undur Diri Daripada Sosial Media?

today1 April 2020

Background

Ketika rakyat Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka telah disajikan dengan pelbagai informasi, berita dan tidak kurangnya juga dengan hiburan.

Kebelakangan ini banyak isu-isu hangat telah timbul melibatkan selebriti tanah air terutamanya berkenaan dengan Bantuan Prihatin Nasional yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun ketika ramai selebriti menyuarakan pendapat masing-masing, pelakon Beto Kusyairy mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri.

Menurutnya ini adalah masa terbaik untuk dirinya menjaga jarak menerusi sosial media.

“Terlalu banyak penghinaan. Kebencian dimana-mana.”

Beto Kusyairy yang popular menerusi filem Istanbul Aku Datang lakonannya bersama dengan Lisa Surihani sebelum itu sempat memuat naik ciapan memaklumkan Syaitan adalah filem pertama lakonannya yang dirakam pada tahun 2006.

Menerusi filem tersebut dia digandingkan dengan Rosyam Nor dan Que Haidar.

“Tak menggigil kepala lutut??!!,” tulisnya berseloroh.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *