Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Biasa Mat Salleh Je Kena”- Gadis Ini Alami Tourette Syndrome, Gunakan TikTok Untuk Sebar Kesedaran

today26 November 2020

Background

Korang pernah dengar tentang tourette syndrome atau dalam bahasa mudah ialah tic?

For those yang tak tahu apa itu tourette syndrome, ia merupakan satu gangguan yang menyebabkan penderitanya tiba-tiba membuat gerakan ataupun ucapan yang tidak disengajakan tanpa sedar.

Biasanya syndrome tourette ni dapat dikesan pada usia 2-15 tahun dan terjadi lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Tapi sehingga kini tiada jawapan tentang penyebab sindrom ini terjadi, cuma ada beberapa punca yang boleh membawa pada masalah tic iaitu disebabkan sistem saraf otak dan genetik.

Biasanya kita dapat tengok orang di negara Barat je yang kena tic ni tapi di Malaysia pun ada juga iaitu seorang gadis cantik dikenali sebagai Dayang Alani.

@daylandalaniHello, friends! ?✨##tourettes ##tourettesyndrome ##tics ##tourettesawareness ##malaysiantourette ##fyp ##foryoupage ##ticsawareness♬ Coffee for Your Head – Vinyll

Alani dikatakan telah menghidapi tic semenjak dia berusia 10 tahun dan sehingga kini dia masih lagi tidak dapat mengawal perkara tersebut.

Gadis berusia 20 tahun ini ada membuat akaun TikTok untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai mereka yang menghidapi tic ini.

Rata-rata netizen memberi sokongan kepadanya untuk terus memberi kesedaran kepada orang ramai kerana ada sesetengah yang menganggap mereka yang mengalami tic ini hanya berlakon semata-mata.

Menurutnya dia tidak mempunyai sindrom Coprolalia yang membawa maksud mencarut tanpa sengaja tetapi dia mempunyai sindrom Echolalia iaitu mengulangi semula perkataan yang sama.

Tambahnya lagi, tic akan menyerang apabila dia berada dalam keadaan gementar dan tanpa sengaja akan membuatkan dia mencarut tanpa disedari.

Sesetengah pesakit tourette dapat mengawal tindakan mereka apabila memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap sesuatu perkara.

@daylandalaniYou’ll never catch me fully focusing in class lol ##tourettesyndrome ##adhd ##fyp ##foryoupage♬ Boom Clap – Charli XCX

Namun Alani sering mengalami kesukaran untuk memberi fokus ketika di dalam kelas apabila penyakit tic itu menyerang dirinya dalam waktu yang sama.

Pergerakan badan yang akan berlaku pada diri Alani ketika dia mengalami tic ialah memetik jari, tepuk tangan, bahu serta tengkuk dia akan bergerak dan membuat beberapa bunyi yang random.

Harapnya ini akan menjadi maklumat baru pada diri kita semua dan paling penting jangan sesekali mempertikaikan pergerakan serta percakapan mereka yang mengalami tourette syndrome kerana mereka sendiri tidak boleh mengawal pergerakan dalam diri.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Tak Sangka Temu Jodoh, Asalnya Teman Member Pergi Kursus Kahwin Je

Menurut sumber, Shaa berkata dia dan suami sememangnya sudah terlebih dahulu berkenalan menerusi media sosial."Kami mula berkenalan pada awal tahun 2019. Mula-mula tu dia banyak kali cuba mengorat tapi saya jual mahal dan hanya anggap dia sebagai kawan saja.Tidak lama kemudian, saya sengaja ajak dia teman pergi kursus kahwin. Kebetulan masa tu tengah ada promosi. Lagi pula masing-masing single. Dia jenis sporting, dan bersetuju ikut ke kursus."Tapi tak sangka selepas […]

today26 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *