Mencecah usia 27 tahun, Uqasha Senrose tidak dapat lari daripada ditanya soalan bilakah dia ingin mendirikan rumah tangga.
https://www.instagram.com/p/B1Yu0Tll8a2/
Namun, pelakon ini langsung tidak tertekan mengenai perkara tersebut walaupun ramai rakan artis sebayanya dan malah adiknya sendiri, Nelydia Senrose sudah pun mengecapi kebahagiaan masing-masing.
“Kalau ada yang bandingkan kehidupan saya dan adik-adik pun, tidak mengapa. Perjalanan hidup setiap individu itu berbeza.
“Saya tidak terkesan pun dengan tanggapan mereka. Buat masa ini, fokus utama adalah kerjaya,” katanya.
Uqasha selesa hidup single dan lebih memilih untuk memberikan tumpuan pada kerjayanya.
“Saya juga selesa hidup solo kerana apabila tiada komitmen dalam hubungan, saya dapat beri tumpuan hanya pada kerjaya. Saya juga hanya perlu rujuk ibu sebelum membuat sebarang keputusan,” ujarnya lagi.
https://www.instagram.com/p/B14pE1QFrSt/
Terbaru, Uqasha bakal tampil dalam filem Sumpahan Jerunei, membawa watak sebagai Bee.
Post comments (0)