Pelakon Mira Filzah menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Tidak hanya itu, Mira turut memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Remy Ishak untuk kategori online.
Untuk rekod, Mira menewaskan pesaing terdekatnya iaitu Siti Nordiana yang turut menerima pencalonan paling banyak dalam kategori utama.
Bagaimanapun, tidak mengecewakan apabila Siti Nordiana juga memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Pengacara TV Popular.
Kemenangan besar malam tadi sekaligus menyaksikan Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid beserta trofi.
ABPBH32 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein, disiarkan secara langsung menerusi TV3 dengan persembahan bertenaga oleh Ismail Izzani, Zizan Razak, Sufian Suhaimi, Idayu, Andi Bernadee, Liza Hanim, Ernie Zakrie, Stacy, De Fam dan ramai lagi!
SENARAI PEMENANG ABPBH32:
Kategori Utama
Bintang Paling Popular: Mira Filzah
Artis Baharu Lelaki Popular: Adam Lee
Artis Baharu Wanita Popular: Haneesya Hanee
Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa: Syafiq Kyle
Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa: Mira Filzah
Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular: Mira Filzah
Penyanyi Lelaki Popular DuitNow: Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular DuitNow: Siti Nordiana
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
Artis Komedi Popular: Zizan Razak
Artis Versatil Popular: Janna Nick
Pengacara TV Popular: Siti Nordiana
Penyampai Radio Popular: DJ Lin (Suria FM)
Artis Indonesia Popular: Laudya Cynthia Bella
Artis Korea Popular: BTS
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Raihan
Kategori Online
Gandingan Serasi Drama Popular: Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)
Gandingan Serasi Filem Popular: Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)
Pelakon Watak Antagonis Popular: Shukri Yahaya
Artis Sensasi Popular: Haqiem Rusli
Lagu Paling Boom: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)
Post comments (0)