Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Bob Lokman Kembali Ke Rahmatullah

today23 September 2022

Background

Pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 58, telah dilaporkan meninggal dunia akibat derita penyakit jantung, kira-kira pukul 2 petang.

Memetik laporan mStar, Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman telah menghembuskan nafas terakhir di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan pada Jumaat.

Berita duka ini telah disahkan oleh anak lelakinya, Ahmad Sufian.

Anaknya turut memaklumkan bahawa arwah mengalami sesak nafas sejak Khamis malam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

β€œSemasa arwah ayah sesak nafas, abang dan ibu tiri saya berada di sisinya. Namun tidak lama kemudian ketika ahli keluarga berehat mereka dikejutkan dengan kematian arwah,” katanya kepada mStar.

Untuk makluman, 8 April lalu Bob telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ([email protected]) di Kuantan, Pahang gara-gara kesihatannya kembali merosot akibat masalah buah pinggang.

Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Isyak.

Sumber: mStar

Written by: Aqilah


Previous post