
PETALING JAYA: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menolak dakwaan Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi bahawa kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) menolak pelaksanaan akta anti-lompat parti.
Beliau berkata kerajaan negeri teguh menyokong undang-undang baharu itu dan tidak akan menolak pelaksanaannya.
“Kerajaan negeri tidak pernah menidakkan kepentingan akta anti-lompat parti. Sebaliknya, kerajaan negeri akan terus mengikuti proses dan saluran undang-undang yang betul dalam hal ini, bagi memastikan amalan demokrasi terjamin di Johor.” katanya di Twitter.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong akan berunding dengan Raja atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut mana yang berkenaan, sebelum memperkenankan Seksyen 6 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.
Sebaik sahaja enakmen itu dikuatkuasakan di peringkat negeri,…