KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua iaitu terletak kira-kira 80 meter.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Ahmad Izram Osman, berkata dapatan itu diperoleh menerusi pengesanan oleh dua anjing Unit Pengesan (K9), Denti dan Frankie, yang dibawa turun ke lokasi kejadian petang semalam selain pengesanan kamera.
“Daripada penghiduan, pasukan K9 kita nampak macam ada kecenderungan ke arah situ, jadi kita akan berusaha untuk mencari di kawasan berkenaan.
“Ini hasil daripada penghiduan semalam… melalui kamera juga nampak ada halangan, mungkin mangsa tersangkut dan sebagainya, jadi kita nak buat carian di situ,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.
Beliau…