
SEPANG: Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Malaysia Airport Holdings Bhd meningkatkan saringan ke atas pengembara yang memasuki ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sebagai langkah kesiapsiagaan bagi menangani risiko penularan mpox.
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata setiap pengembara yang baru tiba dengan penerbangan antarabangsa akan disaring menggunakan mesin pengimbas suhu.
“Selain itu, sekiranya penerbangan itu dari negara berisiko atau ada penumpang bergejala, semua penumpang dan kru kapal yang terlibat akan dibawa ke pusat saringan kesihatan KKM berhampiran pintu C22 dan saringan akan dibuat di sana.
“Sekiranya ada yang bergejala seperti suhu tinggi, kulit melepuh dan bengkak kelenjar, individu itu akan diberi kad amaran kesihatan dan dirujuk…