

Bomba melaksanakan misi kemanusiaan melalui penerbangan ehsan bagi pemindahan organ melibatkan pendermaan buah pinggang, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Muhammad Tarmizi Md Jaafar, berkata misi dilaksanakan susulan permohonan Pusat Transplan Nasional Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menerima organ pendermaan daripada Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.
Bomba membawa pasukan perolehan organ bersama peralatan perubatan dari lokasi pengambilan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kota Tinggi, Kluang ke Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), Subang.
“Operasi menggunakan helikopter jenis Mi-17 itu melibatkan sembilan anggota diketuai Faizal Abd Latif, bersama tiga petugas perubatan dengan muatan peralatan…