Menerusi video yang dimuat naik oleh @miszchinta, kelihatan dia sedang menziarahi rumah saudaranya pada Hari Raya Aidilfitri.
Namun, apa yang melucukan adalah apabila dia sempat merakam gelagat anak saudaranya melayan tetamu-tetamu yang datang seperti seorang waiter di restoran.
Bukan sahaja cara pemakaiannya, namun gayanya menuang air untuk tetamu pun memang seperti waiter di restoran mahal. Gelagatnya itu telah mengundang dekah tetamu-tetamu yang lain.
Lihat video sambungan itu di bawah: