Kali pertama bergandingan dalam filem Test Pack You’re My Baby, pelakon Reza Rahadian dan Acha Septriasa bakal kembali bergabung untuk filem kedua berjudul Layla Majnun.
Selain Jakarta, filem yang diarahkan oleh Monty Tiwa ini telah menjalani penggambaran di negara lain iaitu Azerbaijan.
Perkara itu disahkan menerusi laman Twitter seorang pengguna yang bernama @ibcig yang turut memuat naik beberapa keping foto sewaktu mereka menjalani penggambaran di negara terbabit.
Untuk kali kedua, Reza Rahadian & Acha Septriasa akan bergandingan lagi dalam movie terbaru LAYLA MAJNUN (2020), diorang siap pergi berlakon dekat negara Azerbaijan lagi, kisah percintaan dgn setting cerita 2 negara berbeza & a bit of Islamic value antara Indonesia & Azerbaijan. pic.twitter.com/scCVZg4M6N
— IBCIG 🌎 (@ibcig) December 1, 2019
Filem ini mengisahkan seorang wanita bernama Layla (Acha Septriasa) gadis bijak yang berhijab mengajar di sebuah pondok di Jawa. Layla juga telah bertunang dengan seorang lelaki yang kini berkhidmat di Amerika
Pada satu hari, ketika Layla berkunjung ke Baku, Azerbaijan atas undangan pihak KBRI, di sinilah Layla berkenalan dengan Qais (Reza Rahadian).
Bagaimana pula hubungan Layla dengan tunangannya? Sama-sama kita tunggu ia ditayangkan dipawagam nanti.
Post comments (0)