
PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob berkata pembubaran Parlimen secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira aspek persediaan rapi dan dapatan kajian sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang ibarat perbuatan “membunuh diri”.
Perdana menteri berkata, BN juga perlu mengambil kira impak pelbagai isu yang timbul ketika ini, termasuk soal kelewatan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang hangat diperkatakan.
“Adakah isu ini boleh menyebabkan kemerosotan undi dan BN kalah dalam PRU15 ini? Jadi kita kena tengok kajian sikap adakah orang kampung peduli atau tidak kapal LCS berkenaan belum siap.
“Kalau kajian menunjukkan kesan isu kelewatan pembinaan kapal LCS adalah sama seperti kes 1MDB dulu, maka kemungkinan kita terpaksa tangguh niat nak adakah PRU15 dalam masa…