
PETALING JAYA: Kanak-kanak lelaki dilapor hilang di Batu 8, Jalan Penrissen, Kuching pada Selasa, ditemukan selamat di Kapit selepas menempuh perjalanan hampir 11 jam menaiki bas ekspres.
Ketua Polis Kapit Rohana Nanu, berkata hasil temu bual dengan kanak-kanak berusia 12 tahun itu, dia mengaku menyelinap menaiki bas ekspres di Kuching Central tanpa disedari pemandu bas mahupun penumpang.
“Pada 26 Mac lebih kurang 3.30 petang, orang awam membawa budak lelaki berpakaian sekolah ke Balai Polis Kapit dan memaklumkan telah menjumpai budak lelaki pada hari sama di Hentian Bas Kapit, Jalan Beleteh.
“Budak lelaki tersebut dipercayai menaiki bas ekspres bersendirian pada petang 25 Mac lebih kurang 9.30 malam dan sampai di Kapit keesokannya pada 8 pagi,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, kanak-kanak tersebut telah diserahkan kepada ibu bapanya…