Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Budak 6 Tahun Dari Lembah Klang Mampu Bertutur 17 Bahasa, Siap Pandai Tulis Jawi!

today2 August 2024

Background


Menurut bapanya, M Moganasuntharan, 37, anak sulong daripada dua beradik itu dalam proses menguasai 17 bahasa antaranya Melayu, Arab, Inggeris, Indonesia, Jepun, Sepanyol, Urdu, Tamil, Korea dan Rusia.

“Memang sejak umur Chatriyan dua tahun, dia telah didedahkan dengan bahan bacaan dan aplikasi mengira dalam pelbagai bahasa.

“Jadi sekarang dia ketagih untuk menulis, mengira dan membaca kerana setiap masa di tangannya mesti ada kertas kosong dan juga pensil,” katanya.

Tambahnya lagi, Chatriyan tidak suka bermain dengan peralatan permainan seperti kanak-kanak lain seusianya, sebaliknya dia lebih suka menelaah bahan bacaan dan menulis huruf untuk diingati.

“Kawan rapatnya adalah buku dan alat tulis, memang kami tidak galakkan dia bermain permainan video di telefon bimbit sebaliknya kami dedahkan dengan menonton program pembelajaran seperti ‘Dualinggo ABC’ dan serta menyertai kuiz yang menguji minda.

“Apa yang menakjubkan setiap perkataan dan ayat yang hendak dibina…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post