Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bukan hanya Zahid, tapi semua pemimpin Umno patut disalahkan, kata Bung

today20 November 2022

Background



Bung Moktar Radin mempertahankan gesaan supaya Ahmad Zahid Hamidi berundur susulan kekalahan BN pada PRU15. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin mempertahankan Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi daripada gesaan berundur susulan kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, tidak wajar menyalahkan Zahid saja, sebaliknya semua pemimpin Umno perlu bertanggungjawab atas kekalahan itu.

β€œTidak sampai ke tahap itu (Zahid letak jawatan), kita kena bincang dengan semua, pemimpin Umno kena bertanggungjawab. Kalau nak letak jawatan, semua kena letak jawatanlah,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik Umno di ibu pejabat parti itu.

BN hanya memenangi 30 kerusi Parlimen pada PRU15, manakala Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional menguasai 82 serta 73 kerusi.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menjadi pemimpin pertama yang menggesa Zahid meletak jawatan.

Katanya, orang Melayu menolak Umno dan BN…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin