Connect with us

Story

Bukan Keturunan Peniaga, Jual Kuih Batang Buruk ‘Je’ Dapat Raih Jualan RM1.5 Juta Sepanjang PKP

Ingat peribahasa ni.. Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan yang membawa maksud orang yang malas tidak akan maju..

Published

on

Kuih batang buruk merupakan kuih tradisional di negara kita. Tak kisah la pergi mana sekalipun dalam Malaysia ni, dari Utara hingga Selatan, Timur dan juga Barat pasti akan ada kuih batang buruk. Ramuan utama Kuih Batang Buruk antaranya tepung gandum, kacang hijau premium, gula & garam.

Kewujudannya pada waktu dahulu hanya ada ketika musim perayaan Aidilfitri atau Aidiladha je.. Habistu, kalau tekak teringin nak makan kuih batang buruk, kena buat sendiri lah kan? Hmm susah lah!

Sekarang ni mudah je, tak perlu buat sendiri. Mudah didapatkan dan boleh terus dimakan. Begitulah cara Hedy’s Batang Buruk menghasilkan produk yang tak ditelan zaman.

PKP Beri 1001 Makna Buat Hedy’s Batang Buruk

Menjadi teka teki setiap orang, takkan meniaga batang buruk je boleh berjaya? Inilah dia wanita yang bantu para usahawan Hedy’s meraih jualan sehingga RM6 juta. Kisah disebalik kejayaannya pemilik Hedy’s International Sdn. Bhd iaitu Puan Hedayah Kaulan, berasa ‘hilang semangat’ pada 2 minggu awal PKP kerana jualan tidak begitu memberangsangkan.

“Masa PKP saya rasa loss sekejap, tapi tak lama pun down. Bukan senang pada 2 minggu pertama PKP itu, jualan menurun sangat teruk dari hampir RM60,000 sebulan pada Februari jadi tinggal RM18,000 pada Mac 2020.

“Ketika itu dengan ada premis, nak bayar pekerja lagi, rasa macam tak boleh pergi dah…,” katanya.

Tidak berputus asa, Puan Hedayah menekankan untuk terus bersama circle, ikuti bimbingan live Datuk Wira Azizan Osman serta perkongsian yang dijalankan untuk bantu usahawan.

“Betapa penting saya nak ilmu, sebab saya tahu dan sedar yang saya tak pandai bisnes! Kalau saya tak belajar, tidak ada siapa nak ajar.. Macam mana nak ajar dan bantu ejen-ejen yang ada,” luahnya lagi.

Berkat kesabaran dalam menuntut ilmu meniaga, akhirnya Puan Hedayah berjaya meningkatkan jualan sehingga RM200,000 sebulan bersama Hedy’s Batang Buruk. Memang tak sangka PKP memberi 1001 makna buatnya.

Tidak Keseorangan, Hedy’s Bawa Kejayaan Bersama Stokis

Selari dengan misi Hedy’s Batang Buruk untuk melahirkan usahawan berjaya di tahun 2021 ini tercapai. Walaupun PKP sedang dijalankan di negara kita, para usahawan Hedy’s telahpun mencapai jualan sehingga RM6 juta!

Selepas 20 tahun mencuba untuk meniaga pelbagai produk, akhirnya Puan Rashidah Mohamed Rashid yang merupakan stokis leader Sungai Buloh berjaya meraih jualan RM1.5 Juta sepanjang tempoh PKP.

Menurut Puan Rashidah, beliau sendiri tidak menyangka ketika musim pandemik ini beliau dapat membeli kereta Toyota Vellfire.

“Saya lebih yakin berniaga walaupun suami pernah kata saya tak ada darah keturunan peniaga.. Macam mana nak meniaga kalau keluarga tak ada sejarah berniaga” katanya. 

Beliau menjadi usahawan stokis Hedy’s sejak 2019 dan berkongsi kisah kejayaannya serta apa yang diperoleh sepanjang menjadi stokis Hedy’s. Siapa sangka, dengan menjual kuih tradisional batang buruk ‘je’ sampai boleh beli kereta mewah.

“Apa yang saya dapat bersama Hedy’s ialah passion, hala tuju yang jelas, circle yang positif serta dapatkan guidance dari founder Hedy’s.. Memang best dengan Hedy’s” luahnya lagi.

Alhamdulillah atas jualan yang telah mencecah RM1.5 juta sejak awal PKP hingga kini dan beliau masih berhasrat untuk mencapai lebih dari itu selepas ini. Untuk memulakan sesuatu yang baharu, kita kena semak dulu circle kita sama ada negatif atau positif. Kemudian setiap apa yang kita lakukan hendaklah bersemangat dan jangan berhenti di separuh jalan sahaja.

Hedy’s Sentiasa Buka Peluang Untuk Usahawan Baharu

Hingga kini terlalu ramai rakyat Malaysia sedang bergelumang dengan pendapatan yang tidak menentu, hilang pekerjaan, serta ada yang tiada pendapatan langsung ketika musim pandemik ini.

Untuk sentiasa kebelakang itu bukanlah kemahuan setiap manusia, tetapi kita perlukan satu kemajuan dalam diri kita. Untuk itu, Hedy’s Batang Buruk membuka peluang buat semua golongan yang sedang berjuang untuk menjana pendapatan semasa pandemik ni.

Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Jom layari Facebook atau WhatsApps untuk info lanjut berkaitan Hedy’s Batang Buruk yang bukan saja cair di mulut tapi cair di hati semua.

 

 

 

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di