Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bukan ‘masuk bakul angkat sendiri’, ia kehendak akar umbi, dakwa Tajuddin

today23 September 2022

Background



Tajuddin Abdul Rahman berkata ahli Umno boleh menilai dengan fakta di mana kelemahannya sebagai ketua bahagian Umno Pasir Salak selama ini.

PETALING JAYA: Tajuddin Abdul Rahman mendakwa dirinya mendapat sokongan 100% daripada akar umbi Umno untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Salak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tajuddin berkata, Umno bahagian Pasir Salak yang diketuainya itu turut mencalonkan namanya.

“Saya tidak mahu dikatakan masuk bakul angkat sendiri, tetapi anda boleh menilai dengan fakta di mana kelemahan saya sebagai ketua bahagian selama ini,” katanya menurut Berita Harian.

Pada 23 Jun lalu, Tajuddin digugurkan daripada Majlis Kerja Tertinggi Umno. Presiden Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kritikan terbuka dan pandangan bertentangan keputusan MKT UMNO menjadi antara sebab Tajuddin digugurkan.

Dalam pada itu, Tajuddin turut mengesahkan Ketua Wanita Umno Perak, Dr Wan Noorashikin Wan Nordin, dicalonkan Umno bahagian Pasir Salak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post