Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Bukan Satu, Tapi Dua! Coldplay Umum Keluar Album November Ini

today23 October 2019

Background

Spekulasi mengenai Coldplay yang akan mengadakan konsert jelajah dan single terbaharu selepas menukar gambar profil di kesemua platform sosial media akhirnya terjawab apabila laman rasmi kumpulan tersebut memuat naik sekeping gambar semalam (22 Oktober 2019).

Menerusi laman Instagram rasmi milik kumpulan yang popular menerusi lagu-lagu seperti In My Place, Fix You, Yellow, Viva La Vida dan banyak lagi itu memaklumkan bakal mengeluarkan album baharu bulan depan.

Lebih menarik lagi kali ini, foto yang berbentuk surat itu ditulis oleh kumpulan berkenaan menyatakan mereka bukan mengeluarkan satu album tetapi duaΒ album yang berbeza bertajuk sunset dan sunrise pada 22 November 2019.

https://www.instagram.com/p/B36y1M3ACRT/

Gambar berkenaan telah berjaya menarik perhatian pengikutnya dan sehingga kini, ia telah meraih lebih daripada 400,000 likes selain pelbagai reaksi daripada peminat yang teruja dengan kejutan tersebut.

Untuk rekod, Coldplay telah mengeluarkan 5 buah album termasuk Parachutes (2000), A Rush Of Blood To The Head (2002), X&Y (2005), Ghost Stories (2014), dan A Head Full Of Dreams (2015).

 

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *