Banyak drama atau filem memaparkan pasangan pelakon tempatan beraksi bersama-sama, namun yang jarang dilihat adalah apabila suami atau isteri bukan pelakon, tetapi mahu memberi kerjasama untuk berlakon bersama.
Perkara ini berlaku pada Siti Saleha selepas pelakon tersebut memuatnaik video di laman Instagram miliknya hari ini.
“Bukan senang nak berlakon dengan suami.. nak tergelak je tapi video ni tergelak habis . Hubby was too funny. Will share full video when it’s up!”
https://www.instagram.com/p/B58_nqIHdqQ/
Video tersebut jelas memaparkan mereka sedang dalam penggambaran iklan televisyen untuk sebuah produk kosmetik.
Lebih menarik lagi, suami kepada Siti Saleha kelihatan bersahaja melakonkan watak sebagai suami dan perkara tersebut turut berjaya mencuit hati produksi yang terlibat disitu.
Rata-rata rakan pelakon turut terhibur dengan gelagat suami Siti Saleha, selain meninggalkan komen-komen positif di ruangan laman media sosial berkenaan.
Siti Saleha yang berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017 turut bakal muncul kembali dalam drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 pada April 2020.
Post comments (0)