Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Busy Betul Cikgu’ – Tindakan Pelatih Ini Sewaktu Alih Kereta Memandu Raih Perhatian Netizen

today14 June 2022

Background

Sudah menjadi kemestian untuk para pemandu khususnya mereka yang sedang belajar memandu berhati-hati dan memberi fokus sepenuhnya sewaktu memandu.

Malang tidak berbau, terkadang kejadian tidak diingini mampu berlaku yang sekaligus membawa kepada kemalangan. Menerusi perkongsian TikTok @ery_halim yang juga turut dikenali sebagai Cikgu Lesen Sado, beliau telah memuat naik rakaman kejadian yang berlaku salah seorang murid sekolah memandu yang telah terbabas ke longkang.

@ery_halim

Hati hati ya gaissss ‼️ #akademimemandunasrom #kemalanganjalanraya #cikgumemandu

♬ suara asli – 🌀WILFEXBOR🌀 – 🌀WILFEXBOR🌀

Di sebalik perkongsian keadaan kereta serta orang ramai yang cuba mengalihnya, para netizen nampaknya lebih tertumpu dengan tindakan guru memandu ini yang dilihat sangat sibuk ‘membantu’ mengalihkan kenderaan.

Bukan itu sahaja, kejadian ini turut membuatkan para netizen simpati dengan nasib pelajar memandu berkenaan yang mungkin trauma dengan insiden yang berlaku. Berikut merupakan respon netizen beserta guru ini menerusi video yang dikongsikan.

Sumber: TikTok ery_halim
Sumber: TikTok ery_halim
Sumber: TikTok ery_halim

Video yang meraih lebih 1.9 juta tontonan setakat artikel ditulis ini turut dibanjiri dengan komen pengalaman buruk netizen sewaktu belajar memandu. Diharapkan semoga kejadian seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja memberi kesan kepada pihak guru dan sekolah memandu malah pelajar berkenaan.

Written by: Mimieyuzi


Previous post