Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Butik Doraemon Pertama Di Dunia Bakal Dibuka Di Tokyo

today4 November 2019

Background

Sebelum baca artikel ini, jom nyanyi dulu lagu tema Doraemon.

Teringat pula nostalgia zaman kecik-kecik dulu duduk depan tv tengok siri kartun Doraemon kan. Eh! Ke sampai sekarang korang tengok lagi?

Selain Doraemon, kawan-kawan dia pun mesti korang ingat…ada Nobita, Shizuka, Giant dan Suneo Honekawa.

Ha! Kalau dulu Hello Kitty dan Pokemon ada kedai menjual barangan istimewa, sekarang Doraemon punya giliran pula.

Menerusi sebuah portal hiburan online, telah diumumkan bahawa kedai Doraemon rasmi pertama di dunia akan dibuka pada 1 Disember 2019 di Diver City, Odaiba, Tokyo.

Pembukaan itu bersempena 40 tahun siri anime Doraemon mula ditayangkan di TV Jepun manakala tahun 2020 pula menandakan 50 tahun sejak manga tersebut diterbitkan.

Dengar cerita, pelanggan yang masuk ke butik tersebut akan merasa seolah-olah mereka menggunakan gajet-gajet rahsia yang terdapat dalam siri Doraemon.

Excited tak? Ha…korang yang ada anak kecil atau nak imbau kembali kenangan zaman kanak-kanak dahulu boleh lah lawat butik Doraemon Mirai Depāto’ (Doraemon Future Department Store).

Boleh lah rancang bercuti di Tokyo sekali nanti!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *