
PETALING JAYA: Calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Pelangai tidak bimbang di sebalik desas-desus berterusan tentang perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli Umno berhubung pencalonannya.
Amizar Abu Adam berkata isu itu tidak berbangkit kerana seluruh pemimpin akar umbi berikrar akan menyokong pilihan BN.
“Kami telah ‘berbai’ah’ siapa sahaja calon dipilih jadi calon kita akan sokong sepenuhnya. Jadi tak ada isu lagi kononnya berlaku tak puas hati,” katanya kepada FMT.
“Tapi yang cipta isu kata wujud rasa tak puas hati akar umbi kepada calon BN hanya provokasi oleh pihak luar.”
Amizar menolak dakwaan mengatakan beliau tidak diterima pengundi di kampung-kampung, melihat kepada penerimaan penduduk ketika beberapa kali turun kawasan.
Beliau percaya penerimaan positif di kampung-kampung akan membawa kepada sokongan di penempatan Felda juga.
“Penerimaan mereka sangat…