Nama pengganti Nik Azman Nik Abdul Majid diserah dua minggu lalu.

SUNGAI PETANI: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan sudah menyerahkan nama calon untuk mengisi kekosongan jawatan ketua audit negara kepada Yang di-Pertuan Agong, dua minggu lalu.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu akan menggantikan Nik Azman Nik Abdul Majid yang bersara pada 23 Feb lalu.
Nik Azman berkhidmat sebagai ketua audit selama empat tahun.
“Saya telah serahkan dua minggu lalu.
“Ada prosedur (ia harus melalui Agong) …tetapi semuanya telah dilakukan,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis.
Ketua audit negara adalah jawatan berperlembagaan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Tugas ketua audit negara untuk membuat audit dan melaporkan…