Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Calon Top 5 ABPBH 32 Serbu Alor Setar Esok

today23 August 2019

Background

Selepas menggegarkan peminat di selatan tanah air pada 3 Ogos lalu, siri jelajah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 kini melebarkan sayap ke Aman Central, Alor Setar, Kedah pula.

Bagi yang meminati selebriti tanah air seperti Siti Nordiana, Delimawati, Afieq Shazwan, Adam Lee, Atiq Azman, Ryan Deedat dan kumpulan Insomniacks, anda berpeluang untuk berjumpa dan menyaksikan persembahan mereka pada Sabtu.

Selain itu, pelbagai pengisian juga diaturkan di ruang legar utama pusat beli-belah berkenaan bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Jangan lupa datang beramai-ramai okay.

Malam kemuncak ABPBH 32 akan berlangsung pada 22 September depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *