Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Calon wanita kurang sesuai hanya di Sik, bukan tempat lain, jelas Sanusi

today12 November 2022

Background



Latifah Md Yatim (kanan) berkata, Sanusi Md Nor perlu cuba mengikat buah kelapa di perutnya untuk merasai pengalaman dan keperitan dilalui ibu mengandung.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor mempertahankan kenyataannya yang mahu lelaki menjadi ahli Parlimen Sik dan berkata, kenyataan itu berdasarkan sentimen di akar umbi.

Bagaimanapun, Sanusi mengakui beliau mungkin berlebihan ketika menghuraikan isu itu dan menambah unsur lawak untuk hiburan semata-mata.

“Ceramah saya bab calon wanita kurang sesuai tu dalam konteks daerah Sik sahaja dan tak bersangkut paut dengan kawasan lain.

“Muka bumi Sik, jarak, hutan, sosioekonomi dan sikap penduduk memerlukan wakil rakyat lelaki. Wanita harus diberi ruang dan kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat tetapi bukan di Sik.

“Saya tahu pembangkang di Pakatan Harapan dan Barisan Nasional ketandusan isu. Ini peluang mereka untuk beri persepsi buruk terhadap saya,” katanya kepada FMT.

Sanusi berkata,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Predeep Nambiar


Previous post